Prospecting (engage) merupakan aktiviti penglibatan atau menghubungi Leads yang telah diinput ke dalam sistem. Tujuannya adalah mempercepat proses peralihan Leads menjadi pelanggan yang sebenar.
Leads ialah calon pelanggan yang berpotensi membeli melalui Aafiyat Holdings Sdn. Bhd. Ejen digalakkan memasukkan data Leads ke dalam sistem untuk mendapatkan bahagian komisen.
YA. Ejen lain berhak untuk membuat prospecting (engage) ke atas Leads yang dimasukkan oleh anda ke dalam sistem ACore, sekiranya anda tidak membuat sebarang aktiviti prospecting (engage) yang membolehkan Leads tersebut ditukarkan menjadi pelanggan dalam tempoh masa tertentu.
Namun, buat masa ini tempoh tersebut belum diputuskan oleh pihak pengurusan Ibu Pejabat.
YA, anda berhak mendapat komisen sebanyak 6% dari jualan yang telah berjaya dilakukan oleh Ejen berkenaan.
Contoh,
Anda berjaya mendapatkan prospek tetapi tidak menghubungi prospek tersebut untuk membuat jualan dalam tempoh tertentu.
Jadi, Ejen lain boleh mengambil peluang untuk close prospek tersebut. Sekiranya Ejen tersebut berjaya membuat jualan berjumlah RM100 kepada propek tersebut, maka anda berhak mendapat komisen 6% iaitu sebanyak RM6.
Penetapan tempoh masa BELUM DITETAPKAN buat masa ini. Namun, anda dinasihatkan agar menyegerakan aktiviti prospecting (engage) pada Leads anda agar mendapatkan hak milikan untuk Leads tersebut sekiranya berjaya ditukarkan menjadi pelanggan baru.
BOLEH, selagi Leads atau pelanggan bersetuju kepada Personal Data Protection Act (PDPA). Bagi tujuan untuk menerima sebarang maklumat, berita, promosi, maklumat pemasaran dan sebagainya. Sebarang perkongsian mestilah mematuhi polisi privasi yang telah ditetapkan.
Leads tersebut akan menjadi hak milik Ejen yang berjaya membuat aktiviti jualan (sales closing).
Anda tidak akan diberikan Leads sekiranya berlaku dua senario dibawah:
Senario 1
Sekiranya Pihak Pengurusan Ibu Pejabat mendapati bahawa anda tidak melakukan sebarang aktiviti prospecting (engage) kepada Leads yang dimiliki oleh anda.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda membuat perubahan pada sikap dan mula melakukan aktiviti prospecting (engage) kepada Leads, pihak pengurusan Ibu Pejabat akan mula memberikan kebenaran untuk membuat permohonan data Leads kepada anda.
Senario 2
Sekiranya anda mempunyai kelemahan untuk melakukan aktiviti prospecting (engage) secara berkesan. Bagi menyelesaikan
permasalahan ini, langkah-langkah di bawah akan dilaksanakan bagi membantu anda:
1. Pihak pengurusan Ibu Pejabat akan membuat semakan terlebih dahulu
faktor yang menyebabkan anda gagal untuk membuat jualan kepada Leads yang telah anda hubungi (prospecting (engage)).
2. Anda akan disarankan untuk mengikuti Latihan Melakukan Jualan dengan Berkesan bagi menutup kelemahan tersebut.
3. Prestasi anda juga akan terus dipantau oleh pihak CAM sebelum
Leads yang anda mohon diserahkan kepada anda pada masa akan datang.
YA boleh, melalui pautan (link) dan kod QR yang disediakan, anda juga boleh membenarkan individu lain (staf) menggunakan sistem ACore.
Namun anda harus bertanggungjawab sepenuhnya keatas sebarang risiko yang akan berlaku.
Leads yang dibawa masuk menjadi hak milik anda, sama ada anda melakukan prospecting (engage) atau tidak.
Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk melakukan prospecting (engage) kerana ia akan memberi peluang untuk membuat jualan kepada Leads tersebut.
Seterusnya anda bakal menikmati komisen lebih besar iaitu sebanyak 20% (6% untuk Leads + 14% untuk jualan). Pelanggan tersebut akan menjadi hak milik anda.
Tetapi, sekiranya, Leads tersebut membuat belian secara fizikal daripada Ejen lain, maka anda hanya layak menerima komisen sebanyak 6% dan pelanggan itu akan menjadi hak milik tetap kepada Ejen yang membuat jualan tersebut.
Pelanggan tersebut menjadi hak milik tetap Ejen yang membuat jualan.
Namun begitu, anda tetap mendapat komisen sebanyak 6% daripada belian pertama pelanggan tersebut, kerana anda yang memasukkan Leads ke dalam sistem.
BOLEH. Anda amat digalakkan untuk berbuat demikian.
Pemilik Leads tidak perlu menebus sebarang komisen. Hal ini kerana, bayaran tersebut akan dikreditkan dalam akaun e-wallet anda pada hari yang ditetapkan.
Option 2: Smart ordering (Current option)
1. Ejen tersebut membuat fulfilment (wajib dibuat supaya komisen dapat diberikan kepada Ejen terbabit sama ada Leads, PN C, fulfilment)
2. Ejen lain membuat fulfilment
Nota: Pada setiap hari Selasa dan Jumaat (claim smart ordering).
Leads akan menjadi hak milik Ejen yang berjaya membuat aktiviti jualan (sales closing) kepadanya. Dalam erti kata lain, anda kehilangan hak milik terhadap Leads tersebut. Anda hanya akan mendapat komisen 6% diatas jualan yang berlaku untuk kali pertama sahaja.
YA boleh, bergantung kepada perbincangan dan keputusan anda bersama pihak CAM. Terdapat fungsi muatnaik dokumen excel dalam sistem.
CAM dibenarkan muatnaik data Leads bg pihak Ejen menggunakan akaun
CAM sahaja. CAM TIDAK DIBENARKAN menggunakan akaun milik Ejen.
Sekiranya berlaku pelanggaran prosedur, tindakan keras akan diambil terhadap pihak terbabit.
Sistem akan mengenal pasti secara automatik nombor telefon yang dimasukkan. Sistem tidak akan membenarkan nombor telefon yang sama dimasukkan buat kali kedua dan seterusnya, kecuali Leads atau pelanggan menggunakan nombor telefon yang berlainan. Peratus kebarangkalian untuk berlaku kes seperti ini adalah terlalu sedikit.
Anda akan kehilangan pemilikkan pelanggan sekiranya Ejen lain berjaya membuat jualan seterusnya
memasukkan data pelanggan tersebut ke dalam sistem terlebih dahulu.
Dalam situasi ini, anda perlu sedar bahawa, pelanggan yang tidak didaftar ke dalam sistem telah kehilangan faedah-faedah yang telah disediakan.
Situasi berikut akan menyebabkan kehilangan / pembatalan hak milik pelanggan anda;
i. Anda dilucutkan dari status Ejen kerana tindakan oleh pihak pengurusan CAM / Ibu Pejabat.
ii. Anda memohon untuk menamatkan status sebagai Ejen.
iii. Sekiranya berlaku kematian tanpa waris/penama.
iv. Sekiranya terdapat permohonan daripada pelanggan untuk menukar Ejen (anda) yang memberikan perkhidmatan kepadanya.
Komisen tambahan tidak akan diberikan kerana anda telah menerima bayaran penuh daripada pelanggan tersebut melalui tunai (merangkumi 6% untuk Leads, 14% untuk prospecting (engage) dan 10% untuk fulfilment).
Sekiranya berlaku situasi sedemikian, terdapat dua aspek yang perlu dilihat:
Tindakan Ejen B akan menyebabkan dirinya kehilangan pemilikkan pelanggan (customer ownership) secara kekal hanya disebabkan ketamakkan untuk memperolehi komisen sebanyak 20%.
Untuk Ejen A, status Leads tersebut mash lagi belum direkod sebagai pelanggan baru oleh Ejen B tadi. Maka, Ejen A mash lagi berpeluang 100% untuk menikmati komisen 6% ke atas jualan kepada Leads tersebut oleh Ejen lain pada masa akan datang.
Jika nama pelanggan sedia ada tidak pernah di masukkan ke sistem sebagai pelanggan, maka secara prosesnya pelanggan tersebut mesti dimasukkan sebagai Leads terlebih dahulu sebelum anda membuat jualan untuk belian baru.
Pada masa yang sama, anda boleh mengetahui sama ada pelanggan tersebut sudah membeli dengan Ejen yang lain dan telah direkodkan. Jika perkara ini berlaku, anda sudah terlepas peluang untuk menjadi pemilik kepada pelanggan tersebut walaupun asalnya pelanggan itu membeli dengan anda.
Semua Leads yang dikumpulkan mestilah dimasukkan ke dalam sistem milikan anda. Penjualan data adalah tidak dibenarkan di dalam sistem Aafiyat World. Anda akan diberikan komisen sebanyak 6% (one-off) sekiranya Ejen lain berjaya menukarkan Leads tersebut kepada pelanggan.
Sebarang aktiviti yang dibuat diluar sistem Aafiyat World adalah dibawah tanggungjawab Ejen yang terlibat.
Jangan risau tiada sebarang tindakan yang akan dikenakan kepada anda. Cuma anda akan menghadapi masalah melibatkan pemilikan pelanggan dan juga pelanggan anda mungkin akan terlepas peluang untuk mendapat keistimewaan tertentu melalui Aafiyat World. Ini akan menjejaskan reputasi anda sebagai seorang Ejen yang berkredibiliti.
Anda amat digalakkan untuk berbuat demikian selagi mana rakan anda belum pernah menjadi pelanggan dan direkodkan di dalam sistem.
My Leads ialah senarai Leads yang telah didaftarkan oleh anda sendiri bagi tujuan untuk melihat status Leads tersebut.
My Prospects ialah Leads yang telah didaftarkan untuk tujuan engagement bagi aktiviti closing dan mendapatkan Leads baru.
Anda perlu memasukkan semula data Leads tersebut ke dalam sistem.
Tiada sebarang had di tetapkan.
Secara etikanya anda perlulah meminta kebenaran Leads tersebut.
YA, Leads untuk Ejen Olive House dan Synergy by Olive House berada dalam pool yang sama.
YA BOLEH.
Dalam situasi ini, pelanggan akan menjadi hak milik anda.
Senario:
Ejen A membawa masuk Leads. Leads tersebut membeli di Aafiyat Mall.
Ejen A menikmati 6% komisen atas pembelian Leads tersebut di Aafiyat Mall.
Aafiyat Mall mendapat 14% dan 10% kepada smart fulfilment. Pemilikkan pelanggan akan jatuh kepada Ejen A.
Pembelian berikutnya oleh pelanggan tersebut, Ejen A akan mendapat komisen tetap sebanyak 10% minimum.
Ejen A tetap akan mendapat komisen sebanyak 10% minimum selagi pelanggan tersebut membuat belian secara konsisten.
Pembelian kali kedua yang dibuat di Aafiyat Mall, komisen akan mengikut seperti Laluan Normal/ Pilihan.
Anda tidak akan mendapat hak pemilikan pelanggan kerana beliau bukan Leads dari anda.