Pembahagian komisen berlaku apabila Ejen Aafiyat menerima sebahagian daripada jumlah jualan yang mereka bantu jayakan. Ini adalah cara untuk memberikan insentif kepada individu atau pihak yang berperanan dalam meningkatkan prestasi jualan atau perkhidmatan Aafiyat Holdings Sdn. Bhd.
Walaupun anda hanya melakukan aktiviti leads generation dan prospecting & closing sahaja, anda terus kekal memegang status sebagai Ejen yang sah.
Anda layak untuk mendapat komisen sebanyak 20% untuk aktiviti leads generation dan prospecting & closing atas pembelian pertama yang dibuat oleh pelanggan.
Sekiranya anda tidak berminat untuk memberi servis konsultasi, and boleh memilih untuk membenarkan servis ini dibuat oleh Ejen lain. Sistem akan membuat pilihan secara automatik untuk melantik Ejen lain bagi menjalankan servis berkenaan. Anda masih menikmati komisen tetap sebanyak 10% bagi setiap pembelian dan pelanggan kekal menjadi milik anda.
Namun, sekiranya anda tidak berminat dan tidak memilih untuk membenarkan servis konsultasi dibuat oleh Ejen lain maka selepas 3 bulan, sistem akan membuat pilihan secara automatik untuk melantik Ejen lain bagi menjalankan servis berkenaan. Anda masih menikmati komisen tetap sebanyak 3% bagi setiap pembelian dan pelanggan kekal menjadi milik anda.
Ejen A akan mendapat 20%
Ejen B akan mendapat 10%
Senario 1
Ejen A membuat aktiviti CRM dan konsultasi serta merekodkannya di dalam sistem.
Pembahagian komisen:
Ejen B akan mendapat 10% untuk komisen fulfilment.
Ejen A akan mendapat 20% (3% CRM, 7% konsultasi dan 10% hak pemilikan pelanggan).
Senario 2
Ejen A tidak membuat CRM dan konsultasi.
Pembahagian komisen:
Ejen B akan mendapat 10% untuk komisen fulfilment.
Ejen B juga akan mendapat 10% untuk CRM (3%) dan konsultasi (7%).
Ejen A akan mendapat 10% untuk hak pemilikan pelanggan.
Senario 3
Ejen A melantik Ejen C untuk melakukan konsultasi.
Pembahagian komisen:
Ejen A akan mendapat 13% (3% CRM, 10% hak pemilikan pelanggan).
Ejen B akan dapat 10% untuk komisen fulfilment.
Ejen C akan dapat 7% untuk komisen konsultasi.
Ejen A akan mendapat 6% Leads generation komisen dan Ejen B akan mendapat 24% (14% prospecting & closing, 10% fulfilment).
Situasi 1
Sekiranya Leads itu belum didaftar oleh mana-mana Ejen dalam sistem, maka anda layak mendapat minimum sebanyak 20% komisen sehingga maksimum 30% komisen.
Pemilikan pelanggan untuk belian pertama tersebut akan menjadi milik anda.
20% komisen - (6% Leads + 14% prospecting (engage) & closing)
30% komisen - (6% Leads + 14% prospecting (engage) & closing + 10% fulfilment produk).
Situasi 2
Sekiranya Leads itu sudah didaftar oleh Ejen lain di dalam sistem, maka anda layak mendapat minimum sebanyak 14% komisen sehingga maksimum 24% komisen. Pemilikan pelanggan untuk belian pertama tersebut akan menjadi milik anda.
14% komisen - (14% prospecting (engage) & closing)
24% komisen - (14% prospecting (engage) & closing + 10% fulfilment produk).
Anda layak mendapat komisen sebanyak 20% kerana pelanggan A tersebut merupakan milikan anda serta telah dilakukan CRM dan juga konsultasi oleh anda secara berkala.
Untuk Ejen yang membuat penghantaran melalui smart fulfilment akan menerima komisen sebanyak 10% daripada jumlah jualan.
Namun, Ejen B tidak layak menerima sebarang komisen kerana kesilapan tidak mempunyai stok OPU yang dikehendaki oleh pelanggan A tersebut. Dalam situasi ini adalah dingatkan kepada semua Ejen supaya memastikan stok produk sentiasa mencukupi.
Pengiraan Komisen bagi produk teras dan bukan teras akan dikira secara berasingan.
Bagi produk yang bukan teras yang mempunyai produk komisen yang berbeza akan dinisbahkan berdasarkan komisen komisen yang ditetapkan dalam Aafiyat World.
Anda tidak perlu risau kerana buat masa ini tiada sebarang perancangan dalam perubahan komisen ke atas produk sedia ada.
Yang pertama, adalah menjadi satu kesalahan kepada Ejen yang tidak merekodkan data jualan di dalam sistem kerana ia akan menjejaskan pembahagian komisen yang sepatutnya boleh dinikmati oleh semua pihak yang terlibat.
Sepatutnya, anda layak menerima komisen sebanyak 6% untuk pemilikan Leads, namun komisen ini tidak dapat diagihkan kerana kegagalan Ejen tersebut merekodkan data jualan kepada Leads tersebut di dalam sistem.
Dalam situasi ini, Ejen tersebut telah mendapat sepenuhnya keuntungan daripada jualan kepada Leads anda. Jika pada masa hadapan anda berjaya membuat jualan kepada Leads tersebut dan merekodkan di dalam sistem maka anda layak mendapat hak pemilikan pelanggan.
YA, selagi anda mash sebagai seorang Ejen Olive House atau Synergy by Olive House serta pelanggan itu aktif dan tidak memilih untuk menukar hak pemilikan pelanggan kepada Ejen lain.
Pembahagian komisen dalam Aafiyat World adalah berdasarkan nilai tambah yang dilakukan oleh setiap Ejen ke atas aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan. Selain itu, jumlah komisen yang dibahagikan adalah berteraskan falsafah dan prinsip proses jualan. Aktiviti yang lebih memberi kontribusi kepada jualan akan diberikan komisen yang lebih. Justeru itu, segala proses jualan di dalam Aafiyat World adalah mematuhi konsep keadilan muamalat.
Kiraan komisen akan terus dibuat secara automatik oleh sistem.
Pengiraan Komisen bagi produk teras dan bukan teras akan dikira secara berasingan.
Bagi produk yang bukan teras yang mempunyai produk komisen yang berbeza akan dinisbahkan berdasarkan komisen komisen yang ditetapkan dalam Aafiyat World.