Untuk mengaktifkan e-wallet anda dalam platform Aafiyat World, ejen dikehendaki memasukkan jumlah sebanyak RM200 bagi Aafiyat Consultant, RM50 bagi Aafiyat Agent dan RM RM20 bagi Affiliate+. Setelah e-wallet berjaya diaktifkan, sistem akan mengira komisen ejen, dan ganjaran tersebut hanya akan dikreditkan selepas proses pengaktifan e-wallet berjaya dilakukan dengan jayanya.
Keperluan untuk memiliki e-wallet adalah bagi memastikan pembahagian komisen dapat diberikan kepada semua pihak yang layak.
Jumlah minimum yang diperlukan dalam e-wallet adalah sebanyak RM200.
Ejen hendaklah memastikan baki di e -wallet mencukupi dan perlu membuat penambahan untuk memastikan jumlah di e-wallet berada pada paras minimum (RM 200) sebelum memenuhi pesanan pelanggan.
Yuran keahlian tidak akan dikembalikan namun begitu, baki dalam e-wallet yang akan dikembalikan sepenuhnya kepada anda dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas pengesahan penamatan berlaku.
Komisen yang akan diterima oleh anda melalui Ejen lain akan diterima secara terus menerus dari e-wallet Ejen berkenaan.
Jika bayaran komisen adalah melalui Ibu Pejabat, bayaran akan dibuat setiap Selasa dan Jumaat pada setiap minggu berkerja.
Dalam situasi ini, e-wallet anda akan ditolak sebanyak 20% daripada jumlah jualan yang berlaku untuk dibayar kepada pihak yang sepatutnya.
Anda juga perlu memastikan baki e-wallet mencukupi untuk melakukan transaksi tersebut.
Instrumen COINS digunakan sebagai nilai dalam e-wallet adalah bagi memudahkan perlaksanaan faedah dan ganjaran di masa hadapan yang tertakluk kepada kempen Marketing & Sales di peringkat Ibu Pejabat.
Nilai 1 COINS bersamaan dengan RM1.00.
BOLEH dan anda amat digalakkan untuk berbuat demikian. Namun anda harus memastikan baki minimum tidak kurang dari RM200.
Jumlah keuntungan hanya boleh ditransaksi ke akaun bank yang telah didaftarkan oleh anda di dalam sistem Acore.
Anda boleh memastikan e-wallet anda tidak disalahgunakan oleh staf anda dengan melakukan tiga perkara di bawah:
1. Pastikan password untuk sistem ACore tidak diberikan kepada orang yang tidak berkenaan.
2. Sentiasa memantau transaksi yang berlaku dalam sistem ACore.
3. Sentiasa menukar password (cadangan 3 bulan sekali).