Aafiyat Core berfungsi sebagai pusat operasi bagi ejen yang terlibat dalam penjualan produk atau perkhidmatan. Fungsi utama Aafiyat Core termasuklah:
Pesanan Stok Ejen: Membolehkan ejen membuat pesanan stok untuk kegunaan peribadi atau untuk dijual kepada pelanggan.
Rekod Pembelian Pelanggan: Merekodkan dan menguruskan pembelian yang dilakukan oleh pelanggan melalui ejen. Ini membantu ejen dalam pengurusan stok dan pelanggan.
Olive House Mall, pada sisi lain, bertindak sebagai platform di mana pelanggan boleh membuat pesanan untuk kegunaan peribadi mereka. Beberapa kegunaan Olive House Mall mungkin termasuk:
Pesanan Langsung Pelanggan: Pelanggan membuat pesanan secara langsung untuk produk atau perkhidmatan yang mereka perlukan.
Penjelajahan Produk: Menyediakan pelanggan dengan peluang untuk menelusuri dan memilih produk atau perkhidmatan yang diingini.
Staf anda amat digalakkan menggunakan sistem ACore anda untuk merekodkan semua aktiviti yang melibatkan perniagaan sama ada belian atau jualan.
Namun, anda perlu mengenal pasti semua rekod tersebut adalah benar dan telus.
Anda tidak perlu risau kerana pihak Ibu Pejabat sentiasa membuat pemantauan dengan mengkhususkan kumpulan teknikal yang berpengalaman untuk memastikan tiada gangguan yang berlaku.
Anda tidak perlu bimbang kerana anda mash boleh melakukan aktiviti jualan secara fizikal seterusnya memuatnaik maklumat keseluruhan aktiviti ketika anda berada di kawasan yang mempunyal liputan internet.
Anda tidak dibenarkan berkongsi satu akaun di dalam ACore bersama ahli keluarga anda kerana ia akan menimbulkan masalah dan kekeliuan pada masa akan datang.
Pelanggan yang telah mendapat servis konsultasi daripada anda boleh membuat belian melalui Olive House Mall, anda akan menerima komisen untuk servis konsultasi sebanyak 7%.
Pelanggan boleh membeli di Olive House Mall untuk merasai sepenuhnya pengalaman belian atas talian (online customer experience).
Leads atau pelanggan boleh membuat belian di Olive House Mall menerusi:
i. Melakukan carian sendiri di browser
ii. Link yang diberikan oleh anda (Ejen)
iii. Iklan-iklan di media sosial
Penghantaran akan dilakukan oleh anda (Ejen Olive House atau Ejen Synergy by Olive House) sendiri sekiranya pelanggan membuat belian secara fizikal di kedai, booth atau di mana-mana lokasi anda membuat aktiviti jualan.
Sekiranya belian pelanggan melalui Aafiyat Mall, sistem akan mengenal pasti lokasi Ejen terdekat (yang berdaftar sebagai SF) dan mempunyai produk tersebut untuk membuat penghantaran seperti yang dikehendaki oleh pelanggan sama ada melalui COD (hantar dan bayar), pick up (ambil di kedai) atau pos.